Shalom semua dalam nama Tuhan Jesus Kristus.
Saya ingin menyentuh sedikit tentang dilema muda-mudi sekarang ini. Berkisar tentang GALAKAN daripada ibu bapa.
Dalam semua hal yang dilakukan samaada yang BAIK atau Tidak BAIK sebenarnya ibubapa yang secara langsung atau tidak langsung menggalakkan anak-anak mereka. Sebagai contoh, jika sesuatu aktiviti yang baik diadakan namun jika ibubapa sendiri tidak memberikan galakan kepada anak..? bagaimana muda-mudi tersebut boleh membawa diri bergaul dengan rakan sebaya. Contoh kedua sekarang ini banyak aktiviti tidak sihat berlaku di luar iaitu contoh melepak dengan membuang masa, siapa sebernarnya menggalakkan anak-anak tersebut? Disini kawalan perlu ada.
Kita ambil contoh mudah di Gereja. Pelbagai aktiviti yang diadakan di Gereja untuk golongan muda-mudi, namun jika ibubapa itu sendiri sengaja menghalang atau tidak memberikan galakan bagaimana muda-mudi tersebut mahu bersosial dengan rakan gereja yang saya kira lebih baik atau setidak-tidaknya tidak membuang masa sebarangan.
Kita harus memberikan PELUANG kepada muda-mudi. Kita perlu menjiwai semangat muda-mudi.
Berikan PELUANG. Jika tidak Gereja, adakah kita semua sanggup membiarkan DUNIA yang penuh dosa memberikan mereka peluang untuk membuat dosa.
Tanyalah diri,
Tanyalah hati.
Sekian, Tuhan Memberkati.
0 comments:
Post a Comment