Suatu pagi, saya bangun awal untuk melihat matahari bersinar.
Ah..cukup indah sekali ciptaan Tuhan.
Sambil melihat, saya memuji nama Tuhan
Semasa di situ, saya rasakan kehadiran Tuhan bersama saya.
Dan dia bertanya “Adakah kamu mengasihi saya?”
Saya menjawab “Sudah tentu. Tuhan penyelamat dan penebus dosa saya”
Lalu Tuhan berkata “ Kalau kamu cacat secara fizikal, adakah kamu masih percaya kepada saya?”
Saya terdiam dan memerhatikan tangan, kaki serta keseluruhan tubuh saya. Saya terfikir terlalu banyak benda yang boleh saya lakukan untuk kemuliaan Tuhan.
Saya menjawab “Itu adalah rumit bagi saya, tapi tetap menyayangi Tuhan”
....Dan Tuhan kembali bertanya “kalau kamu buta, adakah kamu masih mencintai ciptaan Saya”
Bagaimana untuk mencintai sesuatu tanpa melihat keindahannya? Saya terfikir kepada semua orang buta dalam dunia ini dan berapa ramai antara mereka yang menyayangi ciptaan Tuhan tanpa melihat. Dan saya kembali menjawab “Sangat sukar tetapi saya tetap menyayangi Tuhan”
....Tuhan kembali bersuara “ Kalau kamu pekak, adakah kamu akan mendengar firman saya”
Bagaimana untuk mendengar firman Tuhan kalau pekak? Akhirnya saya mengerti, mendengar firman Tuhan tidak semestinya dari telinga tetapi juga dengan hati. Dan saya menjawab “ Sangat sukar tetapi saya akan mendengar firman Tuhan”
....Tuhan terus bertanya “kalau kamu bisu, adakah kamu akan memuji nama Tuhan”
Bagaimana untuk saya memuji nama Tuhan kalau tiada suara? Tuhan mahukan kita memuji namaNya dengan seluruh hati dan segenap jiwa. Tidak kira apa bunyinya sekalipun. Dan memuji Tuhan tidak semestinya bernyanyi tetapi cukup sekadar mengucapkan syukur.
Dan saya menjawab “Walaupun bisu, saya tetap memuji nama Tuhan”
Dan Tuhan menjawab “Adakah kamu benar-benar mencintai saya?”
Dengan semangat dan pendirian tegas, saya menjawab “Ya Tuhan, Saya mencintai Tuhan disebabkan Tuhan adalah satu dan benar”
Saya fikir jawapan saya tepat, tetapi Tuhan berkata “ Kenapa kamu masih berbuat dosa”
Saya berani bersuara “Disebabkan saya Cuma manusia biasa tidak sempurna”
Dan kenapa di saat senang kamu menjauhi diri dari saya?
Mengapa di saat sukar kamu berdoa kepada saya?”
Tiada jawapan. Cuma air mata.... .....Seterusnya Tuhan berkata-kata
Mengapa bernyanyi nama Tuhan dalam perjumpaan Gereja sahaja?
Mengapa mencari Tuhan semasa dalam susah?
Mengapa minta benda yang mementingkan diri sendiri?
Mengapa minta benda yang tidak berasas?
Air mata terus mengalir deras…
Mengapa kamu malu kerana Tuhan?
Mengapa tidak menyebarkan berita baik ini?
Mengapa meletakkan kesusahan diatas orang lain kenapa tidak diatas bahu Tuhan?
Mengapa sering memberikan alasan ketika kamu mempunyai peluang melayani Tuhan?
Saya cuba menjawab tetapi otak saya kosong.
Hidup kamu sudah saya berkati…
Saya telah menciptakan kamu dengan kesempurnaan.
Saya telah memberkati kamu dengan bakat untuk melayani saya tetapi kamu berpaling.
Saya telah memberikan firman sebagai petunjuk tetapi kamu tidak membacanya.
Setiap hari saya berfirman, tetapi telinga kamu tertutup dengan lagu duniawi.
Setiap hari saya memberkati kamu tetapi mata kamu memandang dosa.
Saya hantarkan Jesus sebagai penebus dosa tetapi kamu tidak menghargaiNya.
Saya mendengar semua doa kamu dan telah menjawab semuanya.
"Adakah kamu betul-betul percaya kepada saya? "
Saya tidak terjawab. Mampukah saya menjawab? Semua yang dikatakan benar semuanya. Saya masih jauh dari Tuhan. Hati saya menangis dan air mata mengalir.
Saya berkata “Tuhan Maafkan saya, saya tidak suci untuk menjadi anakMu”
Tuhan menjawab dan tersenyum “Itu adalah berkat anakKu, semua yang percaya kepadaKu”
Saya menjawab “Mengapa Tuhan masih memaafkan saya? Mengapa Tuhan masih menyayangi saya?”
Tuhan menjawab “Kerana kamu adalah ciptaanKU. Kamu adalah anakKU. Saya tidak akan membenci kamu”
Apabila kamu menangis, saya tersentuh dan menangis bersama kamu.
Di saat kamu gembira, saya tersenyum kepada kamu.
Apabila kamu bermasalah, saya memberikan semangat
Di saat kamu jatuh, saya akan membangkitkan kamu.
Apabila kamu letih, saya akan mengangkat kamu.
Dan saya akan tetap bersama kamu dan saya menyayangi kamu sampai selamanya.
Tidak pernah saya menangis sebegitu sebelum ini. Mengapa saya begitu tenang di saat dalam hadiratNya. Mengapa selama ini saya banyak berbuat dosa yang salah dimata Tuhan?
Dan akhirnya saya bertanya “Berapa besar KASIHMU kepadaku?”
Ohh...TUHAN menunjukkan tanganNYA dan saya melihat ada kesan paku di tanganNYA.
....Saya tertunduk dan melutut di atas kaki Kristus, Penyelamat saya.
Dan buat pertama kali saya betul-betul berdoa
Serta mengucapkan Syukur Tuhan.
Thank you Jesus. Amin

Thank You,
+ Servant of Lord Jesus Christ.